I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 9, 2009

Jom Sama-Sama Baca....

Salam sahabat- sahabat seperjuangan yang dikasihi dan dicintai illahi….

Baru- baru ini kami berkesempatan untuk bertemu mata dengan adik-adik pimpinan MP sekolah. Pertemuan asal hanya membabitkan Exco Pelajar lelaki dan Mantan Exco Pelajar lelaki sahaja, tapi disebabkan oleh beberapa kemunasabahan perbincangan bersama, so, pertemuan itu di buat bersama Mantan Exco muslimat. Sebenarnya kehadiran Pimpinan Pelajar muslimin amat- amat diharapkan, tetapi memandangkan perkara ini dipandang enteng oleh adik-adik kita, maka yang hadir hanyalah Hamdan, Taufiq dan Shafi'uddin.

Memang tujuan utama perjumpaan ini hanyalah untuk mengenal pasti punca masalah dalaman MP sendiri tetapi kalau dilihat pada kehadiran ahli Exco yang hadir, memang tidak banyak membantu untuk mengetahui apa kekurangan yang timbul. Kalau tanya mudir sendiri, beliau pun pening memikirkan masalah yang menimpa adik- adik sekarang ni. Memang kalau nak diklasifikasikan kepimpinan adik- adik ni, memang berada di tahap mencemaskan.

Antara masalah- masalah yang dikenalpasti wujud dikalangan adik- adik pimpinan ini adalah:-

1. Masih lagi kurang jelas dengan peranan dan tugas MP di sekolah.

2. Ukhwah yang kurang mantap dikalangan Exco.

3. Ada diantara Exco-Exco yang mengganggap taklifan sebagai Pimpinan Sekolah ini sebagai suatu bebanan dan akan mengganggu-gugat pelajaran mereka.

4. Kurangnya kerjasama antara rakan pimpinan yang lain.

5. Kurangnya kemahiran dalam penggunaan komputer.

6. Tidak ada pendedahan tentang Pengurusan Sesebuah Organisasi. (cth: tak tau camne nak wat report, minit mesyuarat, dsb.)

7. Kurangnya penglibatan dalam menyumbangkan idea-idea untuk pembangunan sekolah =just orang- orang tertentu je yang bangun dan tampil memberikan idea dan pendapat (sama cam kita jugak la…he..he..)

So, camner sahabat- sahabat Alumni nak seter masalah adik-adik ni??? Pikir- pikirkanlah apa yang patut kita buat dalam usaha untuk membantu adik-adik dalam menjalankan amanah yang telah ditaklifkan dan sekaligus mengembalikankan keizzahan bumi Saniah ini seperti zaman pemerintahan abang- abang dan kakak- kakak terdahulu….

Sekian dulu dari sang penulis…. Siapalah aku disisi Tuhanku...

p/s: sahabat- sahabat kalau berkelapangan, jangan lupa singgah di Saniah. Rindu adik- adik pada kakak- kakak dan abang- abangnya….

Post ini bukanlah untuk menjatuhkan adik-adik MP, Sekadar untuk cari penyelesaian bersama….daaa...