I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Alumni. Show all posts
Showing posts with label Alumni. Show all posts

Friday, June 25, 2010



salam ukhuwwah salam perjuangan kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan..pada 23 Jun 2010..Alhamdulillah, satu pertemuan antara barisan pimpinan alumni bersama dengan mudir baru Maahad Saniah iaitu Us Rosdi telah dapat diadakan. Antara ahli alumni yang hadir adalah Sdr. Mohd Firdaus b. Razali (Presiden), Sdr. Mohd Rezza Farezz b. Mat Yazid (Setiausaha), Sdr. Mohd Ikhwan b. Ali dan Sdr. Mohd Firdaus b. Abdullah. Antara agenda yang telah dibincangkan dan dalam pertemuan itu adalah berkenaan dengan pengenalan Alumni MPMS kepada al Fadhil Us. Rosdi selaku mudir baru di Maahad Saniah. juga dibincangkan tentang peranan alumni untuk membantu pihak sekolah untuk pentarbiyahan adik-adik Maahad Saniah khususnya bagi pimpinan Majlis Pelajar sendiri.


Us Rosdi (Mudir Maahad Saniah)


sesi perbincangan bersama al fadhil ustaz


Sdr. Presiden dan S/U bersama al fadhil Us. Rosdi

Sunday, March 7, 2010

Semarakkan Perjuangan Ini...


Dari : Biro Tarbiyah Alumni MPMS

Buat sahabat-sahabat tercinta…

Firman Allah : “ Dan katakanlah (wahai Muhammad) , bekerjalah kamu ( akan segala yang diperintahkan ) maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahi perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” ( At-Taubah : 105 )

Apakah perjuangan kita???

Firman Allah S.W.T :" Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku."

Sahabat, perjuangan kita adalah untuk membebaskan jiwa dari penyembahan kepada berhala dunia (ideology,cara hidup dll.) kepada penyembahan semata-mata kepada Allah. Kita adalah umat dakwah yang ditugaskan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita juga ditaklifkan sebagai khalifah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini..dan sekarang tugas kita untuk memastikan hukum Allah dijalankan dimuka bumi ini..

Mengapa kita perlu berada dalam perjuangan ini???
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegab dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

• Kita adalah Khalifah Allah di bumi ini
• Kita adalah sebaik –baik ummat yang diturunkan kerana menyeru kearah kebaikan,mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah
• Kita akan disoal tentang amanah ad deen yang dberikan kepada kita
• Kita hanya mulia dengan Islam

Tabiat perjuangan ini...
• Akan sentiasa diahalangi ujian (diri sendiri atau orang lain)
• Memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit (masa,tenaga,harta,jiwa)
• Tidak ada lagi kata pujian bahkan kejian yang diterima…

Apakah persediaan untuk perjuangan ini???
• Mendalami ilmu secukupnya
• Bergabung di dalam satu jamaah
• Membina ukhwah yang mantap sesama anggota jamaah
• Melazimi diri dengan zikir dan wirid yang tetap
• Melazimkan diri dengan usrah

Matlamat akhir perjuangan kita…

Matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk memastikan islam kembali menguasai dunia ini..andai kita tidak sempat melihat kemenangan itu biarlah kita menjadi antara orang-orang yang telah menyumbang kepada kemenangan Islam itu nanti.

Yakinlah sahabat-sahabat sekalian dengan janji Allah..perjuangan kita ini tidak akan sia-sia.

Firman Alah S.W.T : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin jiwa mereka dan harta mereka dengan syurga.

Ayuh bersama-sama kita semarakkan perjuangan ini, gegarkan bumi ini kembali dengan roh ISLAM..kitalah generasi yang akan menyambung perjuangan jiilul Quran..
Renung kata-kata perjuangan ini: "mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan Berjaya menuju matlamatnya." (Dr Abdullah Azzam)


Firman Allah :” Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” ( Al- Ahzab : 23)

“ ..ikhwah dan akhawat…bukan kita yang memulakan perjuangan ini sehingga kita rasa kecewa dengan kegagalan, dan bukan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini sehingga kita rasa memadai dengan apa yang telah dilakukan, tetapi kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah dan para sahabat hingga ke akhir zaman…”

satu fikrah satu perjuangan..

Monday, January 4, 2010

inilah dia jalan kita..


Inilah dia jalan kita
Jalan kebenaran dan keselamatan
Jalan kemiskinan yang dihadapannya
Yang dihadapannya ada kekayaan
Jalan kesusahan yang dihadapannya
Yang dihadapannya ada kesenangan

Inilah dia jalan kita
Yang dilalui oleh para Rasul
Nabi-nabi dan para tabi'iin
Dan juga salafussoleh
Di atas jalan ini perlu banyak berkorban
Demi untuk agama Islam

Tapi awaslah dan ingatlah
Di dalam diri penuh dugaan
Nafsu dan syaitan sentiasa menghalang
Kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Bermujahadah dan istiqamah
Janganlah mudah menyerah kalah

Maka demi keselamatan
Kebahagiaan dan ketenangan
Ikutilah dan turutilah
Jejaki jalan ini
Hanya ini sahaja jalan kita
Ini satu-satunya jalan kita

Tegakkan Islam melalui jemaah
Supaya terbangun ummah
Kuatkan hubungan dengan Allah
Hubungan sesama manusia
Sucikan hati binalah peribadi
Inilah dia jalan kita

SATU FIKRAH SATU PERJUANGAN..

Sunday, November 1, 2009

salam imtihan..


Salam imtihan kepada semua sahabat-sahabat yang masih berada dalam fatrah imtihan walau di kampus mana pun anda berada..semoga kejayaan mengiringi kita semua..insya Allah..bittaufiq wan najah..

Monday, April 20, 2009

Logo Alumni MPMS

Mengandungi Logo Persatuan Alumni, serta maksud bagi setiap kandungan yang berada pada logo tersebut. Logo merupakan sebagai tanda pengenalan terhadap Persatuan kami, dan melalui Logo inilah orang ramai akan mengenali kami.

Lihat penuh...

Tuesday, April 7, 2009

Organisasi Alumni MPMS

Organisasi Alumni MPMS :-
(klik pada Sesi...)

  1. Sesi 2008 => 2013

Ucapan Presiden Alumni MPMS


Assalamualaikum wbrt.


Terlebih dahulu saya merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, Alumni MPMS dapat melancarkan Blog rasmi persatuan.


Teks penuh...