I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 20, 2009

Logo Alumni

  • Buku merupakan lambang ilmu, menunjukkan bahawa alumni MPMS adalah terdiri daripada golongan yang berilmu.

  • Lambang Negeri Kelantan berada di tengah menunjukkan bahawa persatuan ini berada dan mendokong kerajaan Kelantan.

  • Anak bulan sebagai lambang kemegahan Islam & warna hijau menunjukkan persepakatan diantara Persatuan dengan Pentadbiran Sekolah serta kerajaan Kelantan.

  • Maahad Saniah ditulis dengan tulisan jawi, dan berwarna emas menunjukkan bahawa Sekolah ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah.

  • Alumni MPMS berada dibawah, ditulis dengan warna putih dengan tulisan rumi dan berada diruangan berwarna merah tua, menunjukkan bahawa persatuan ini mendokong segala yang berada di atasnya, putih melambangkan kemurnian ahlinya dalam membantu pihak sekolah, dan kami juga mementingkan soal akademik dan sahsiah. Warna merah Tua adalah lambang persepakatan dikalangan ahli persatuan dan juga sebagai tanda kekuatan semangat kami.