I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 8, 2010

Kematian Itu Pasti..


Kematian itu pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan
orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu,
keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg
bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut
menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan, kita
disarankan agar
mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai
orang beragama Islam kita wajib menghormati
azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh
mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan
kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap
kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut All! ah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa
sakaratul maut menghampiri
kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."