I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 7, 2009

Tinta Perjuangan

Buat sahabat-sahabat tercinta…

Firman Allah swt. : “Dan katakanlah (wahai Muhammad) , bekerjalah kamu ( akan segala yang diperintahkan ) maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahi perkara-perkara yang ghaib dan nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” ( At-Taubah : 105 )

Apakah PERJUANGAN kita???

Firman Allah swt : " Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku."

Sahabat..,
Perjuangan kita adalah untuk membebaskan jiwa dari penyembahan kepada berhala dunia (ideology, cara hidup, dll.) kepada penyembahan semata-mata kepada Allah. Kita adalah umat dakwah yang ditugaskan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita juga ditaklifkan sebagai khalifah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini.. dan sekarang tugas kita untuk memastikan hukum Allah dapat dijalankan dimuka bumi ini...

Mengapa kita perlu berada dalam perjuangan ini???

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

• Kita adalah Khalifah Allah di bumi ini.

• Kita adalah sebaik –baik ummat yang diturunkan kerana menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.

• Kita akan disoal tentang amanah ad deen yang diberikan kepada kita.

• Kita hanya mulia dengan Islam.

Tabiat perjuangan ini...

• Akan sentiasa dihalangi dengan ujian (diri sendiri atau orang lain).

• Memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit (masa, tenaga, harta, & jiwa).

• Tidak ada lagi kata pujian bahkan kejian yang akan dan sentiasa diterima…

Apakah persediaan untuk perjuangan ini???

• Mendalami ilmu secukupnya.

• Bergabung di dalam satu jamaah.

• Membina ukhwah yang mantap sesama anggota jamaah.

• Melazimi diri dengan zikir dan wirid yang tetap.

• Melazimkan diri dengan usrah.

Matlamat akhir perjuangan kita…

Matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk memastikan islam kembali menguasai dunia ini.. andai kita tidak sempat melihat kemenangan itu biarlah kita menjadi di antara orang-orang yang telah menyumbang kepada kemenangan Islam itu nanti.

Yakinlah sahabat-sahabat sekalian dengan janji Allah.. perjuangan kita ini tidak akan sia-sia. Firman Alah S.W.T : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa mereka dan harta mereka dengan syurga". (Surah At-Taubah ; 111)

Ayuh bersama-sama kita semarakkan perjuangan ini, gegarkan bumi ini kembali dengan roh ISLAM.. kitalah generasi yang akan menyambung perjuangan jiilul Quran..

Renung kata-kata perjuangan ini: "Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan Berjaya menuju matlamatnya." (Dr Abdullah Azzam)

Firman Allah : "Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” ( Al- Ahzab : 23)

“ ..ikhwah dan akhawat… bukan kita yang memulakan perjuangan ini sehingga kita rasa kecewa dengan kegagalan, dan bukan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini sehingga kita rasa memadai dengan apa yang telah dilakukan, tetapi kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah dan para sahabat hingga ke akhir zaman…”

Terbitan Dari :- Biro Tarbiyah Alumni MPMS