I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 7, 2009

Bangkitlah wahai UMMAT..

Dari :Lujnah Tarbiyah dan Kepimpinan

Belum sembuh hati umat Islam yang dihiris dengan kisah pembunuhan umat Islam di selatan Thai, kisah Palestin yang tak berkesudahan, pembunuhan Marwa al Sharbini, muslimah kental yang mempertahankan hijab dan pembantaian minority muslim Uighur di China..kini umat Islam di Malaysia yang SENSITIF atau PEKA dengan isu-isu umat ISLAM
telah dikejutkan dengan kenyataan yang penuh pesimis dan penuh perasaan prejudis terhadap Islam oleh Ahli Parlimen Jelutong dari DAP iaitu YB Jeff Ooi. Kenyataan yang dikeluarkannya di Sunday Star terhadap Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai "Muslim Extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi " to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 "

Sepatutnya YB lebih berhati-hati dalam megeluarkan pandangan kerana isu yang diketengahkan cukup menyentuh sensitivity umat Islam. Bercita-cita untuk melaksanakan undang-undang syariah di bumi ini bukan sahaja cita-cita JIM tetapi impian seluruh umat Islam..jadi Yb tidak boleh bersikap keterlaluan an prejudis terhadap Islam.

Saya ambil kata-kata Us NasharudiN Tantawi bahawa menjadi asas dan prinsip seorang muslim dan pergerakkan Islam membentuk cita - cita untuk melaksanakan syariat Islam dan sememangnya Islam itu adil untuk semua . Justeru itu , cita - cita atau prinsip tersebut tidak membawa maksud ia ekstrim sebagaimana yang didakwa. Islam adalah agama yang adil , toleransi dan damai sifatnya . Jangan lihat Islam pada wajah manusia yang ingkar terhadap perintah Allah swt tetapi lihat Islam pada wajah mereka yang berilmu , bertaqwa dan soleh perilakunya . lantaran itu Islam adalah agama yang suci , maka dimanakah tidak kenanya cita - cita untuk melaksanakan suatu yang suci , adil dan toleransi . Jika Islam tidak benar , sila buktikan dimana tidak benarnya ? jika berpegang dengan ajaran Islam itu adalah ekstrim , maka apakah implikasinya ? apalagi yang menghantui pemikiran beliau mengenai Islam ? atau beliau masih mengalami Islamophobia hasil dari propaganda barat dan kuncu - kuncunya ?

Diruang ini, barisan alumni mpms ingin menyatakan sokongan terhadap gesaan ketua DPP Pusat, Us Nasharudin Hasan Tantawi supayaYb. Jeff Ooi memohon maaf kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut dan kepada semua ummat Islam secara terbuka di atas keterlanjuran kata dan sikap yang ditunjukkan .Bersamalah kita menjaga nama Islam dan keizzahannya..jgn biarkan jiwa yang penuh dendam terhadap Islam sewenang-wenang mencerca Islam tanpa ada halangan dan sekatan..bangkitlah wahai ummat pertahankan aqidah dab agama yang tercinta ini..Takbir!!