I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 7, 2009

UCAPAN YDP SEMPENA PERASMIAN PERSATUAN ALUMNI

Dengan nama ALLAH, tuhan semesta alam yang kaya dengan segala sifat kesempurnaanya, selawat dan salam ke atas junjungan, pembawa sinar cahaya yang menghapuskan noda jahiliya, baginda Muhammad s.a.w , para sahabat, tabi’ tabi’in, para mujahid dan syuhada’ rahimakumullahualaihim.

Sahabat-sahabat sperjuangan yang dikasihi,

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah as-soff ayat 4, mafhumnya;

“ Sesungguhnya ALLAH menyintai mereka yang berjuang dijalan-NYA dalam barisan teratur seolah-olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi,

Jalan dakwah tidak mengkehendaki kita berjuang tanpa halatuju dan matlamat yang jelas. Apatah lagi dalam kondisi ummah sekarang yang kian runtuh dan ampuh nilai moralnya sehinggakan muslim dan non-muslim sudah tiada bezanya. Tuntutan syahadah juga memerlukan kita mewaqafkan diri dijalan dakwah dan tarbiyah dalam usaha untuk mengislahkan ummah.

Di mana ada bumi yang subur, di situ kita bercucuk tanam. Begitu jugalah dengan amanah perjuangan ini. Bukankan kita semua ingin menjadi ‘jiilul quran’ ??..generasi al-quran yang seumpama benih yang subur, dilontar ke bukit menjadi hutan, dilontar ke laut menjadi pulau, jati dirinya kental ibarat minyak di lautan yang tidak tenggelam walau dilambung badai.

Bertitik tolak dari itulah, saya dan sahabat-sahabat sekalian pernah menjadi salah seorang pimpinan malah pernah menerajui kepimpinan tertinggi Majlis Pelajar suatu ketika dahulu. Saya yakin dan percaya, kita sama-sama sedar akan tuntutan amanah dan tanggungjawab kita selaku senior untuk membimbing dan menjadi pemudah cara bagi adik-adik sof kepimpinan Majlis Pelajar dan juga pihak pentadbiran Maahad Saniah.

Ya, benar kita telah pun meninggalkan Maahad Saniah, malah kebanyakan daripada kita telah pun menjadi penuntut di menara gading. Oleh kerana, bumi saniah inilah yang banyak berjasa menjadikan kita antara orang yang punyai matlamat dan hadaf yang jelas dalam hidup, kita kembali menghulur tangan dan menyumbang bakti. Dengan tertubuhnya secara rasmi Persatuan Alumni Majlis Pelajar tidak sahaja sekadar menjadi pertubuhan yang hanya gah dengan visi,misi dan motto yang retorik,,Tetapi, yang kita mahukan adalah ianya menjadi pertubuhan yang mampu merealisasikan segala perancangannya.

Ingin saya ingatkan kepada kalian, jika anda bekerja kerana saya, saya tidak boleh menjanjikan apa-apa. Tetapi, jika kalian bekerja kerana ALLAH dan agama-NYA.. pasti balasannya syurga.

Saya selaku Yang DiPertua Persatuan Alumni mengharapkan sepenuhnya komitmen sahabat-sahabat dalam melaksanakan segala perancangan dan gerak kerja demi memastikan kecemerlangan Maahad Saniah dan kegemilangan Islam.

Wallahua’lam ..

~14 Jun 2009~